Posts

Showing posts from September, 2021

Potret

Image
  Hari ini aku cuba melukis potret dengan pen tablet. Aku trace dengan AI. Sengsara juga kerjanya. Susah nak agak point point penting pada gambar tu sebab pen tablet tiada display. Akhirnya dapat juga aku siapkan potret ini walaupun ada cacat celanya. Ada rasa puas di situ. Ini antara nikmat mempunyai hobi melukis.

Kasih Sayang

Image
Kasih sayang itu datang dari hati. Kasih sayang itu percuma. Kasih sayang itu tidak boleh dipaksa. Namun begitu, wang mampu menarik kasih sayang dengan membeli jiwa. Hadiah, ganjaran, cendera hati adalah antara perkara yang mampu mengubah perasaan seseorang .  Jika anda tidak percaya , cubalah guna wang ...............................   

Don't Let Others Ruin Your Day

Image
  Ha ha .... Ini isu sepanjang zaman .  Kata kata orang sering mengganggu perasaan dan kehidupan korang? Sebenarnya dalam hidup ini, kita mesti tabah dan ada jati diri. Kita perlu memiliki keyakinan diri yang tinggi dan perlu mengawal emosi. Abaikan apa yang orang kata tentang kita. Jika ada yang ikhlas nak menegur, datanglah berjumpa 'face to face'. Sekiranya teguran benar terimalah.  Kegembiraan hidup adalah milik kita bersama. Jangan bikin spoil kepada orang lain.

Pergi Picnic Dan Pergi Sekolah

Image
  Pening aku melihatnya. Mereka berani keluar berpicnic, berlibur bersama keluarga tanpa menghiraukan S.O.P, tetapi takut untuk menghantar anak ke sekolah. Mentaliti apakah ini ? 

Jade

Image
  Hai,  Ini post pertama aku untuk blog Sho Pyan Art . Pagi tadi aku merayap di Youtube , aku menonton satu video yang menarik perhatikan aku. Kandungan videonya berkaitan Q & A family dengan pengikut-pengikut channel tersebut. Gelagat salah seorang daripada mereka menarik perhatian aku. Aku ambil screenshot gambar budak ni dan mula membuat lakaran. Inilah hasilnya. Aku baru je cuba melukis menggunakan pen tablet. Masih tercari-cari fungsi tools dan kesan tools. Okay. cukup setakat ini dulu.